LAGU INI KHAS UNTUK PELAJAR PENDIDIKAN MORAL
Thursday, May 30, 2013
Thursday, May 16, 2013
Selamat Hari Guru Untuk Para Pendidik
Pahlawan tanpa tanda jasa” suatu ungkapan
klasik untuk guru. Perjalanan guru penuh dengan liku dan cabaran. Tak ada siapa
yang mampu untuk nafikan kecekalan hati para guru untuk mendidik anak bangsa. Akhirnya aku dapat merasakan bebanan yang dipikul oleh seorang guru.
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku.
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku.
<Setiap perjalanan hidup manusia yang hebat, takkan tercipta tanpa
sentuhan awal seorang guru.>
Wednesday, May 15, 2013
Kepentingan Pendidikan Moral
Nilai-nilai murni merupakan amalan
baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat.
Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan
misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda
yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu,
ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya
nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Nilai-nilai murni penting dalam
kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak
mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan
nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta
orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah
maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak.
Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang
harmoni di Malaysia.
Selain itu, perlu adanya nilai-nilai
murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh
kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang
sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu
menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke
dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama
penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Di peringkat sekolah pula, didikan
moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan
diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak
memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr.
Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja
sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi
yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi,
dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang
kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri
mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang
bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai
contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model
kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap
dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan
seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya
sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai
murni dalam diri mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa
masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh
itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang
yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar.
Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada
kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan
tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan,
adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk
nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin
terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Kesimpulannya, semua masyarakat di
negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri
masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi
nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga
langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan
memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.
Saturday, May 11, 2013
Sunday, May 5, 2013
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL
FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran
dan Kelas : Pendidikan
Moral Tahun 3
2. Nilai / tajuk :
Kerajinan / _______
3. Masa :
10.40 -11.40 pagi (60 minit)
4. Standard Pembelajaran : 11.1.1, 11.1.2,
11.1.3, 11.1.4,
5. Objektif
Pembelajaran : Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Penaakulan Moral : i. menyatakan 3 cara bersikap rajin di sekolah.
ii. menyatakan 3 kepentingan bersikap rajin di sekolah
Perasaan Moral : berasa
gembira apabila bersikap rajin di sekolah
Perlakuan Moral : menunjukkan sikap rajin dengan berusaha
mencari gambar-gambar
kerajinan
dari internet.
6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai kerajinan dalam tahun 2.
7. Teknik : Bercerita
8. Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran:
Set induksi:
- Guru menunjukkan
gambar-gambar sebuah cerita.
- Guru mengajukan beberapa soalan.
Langkah 1:
- Menjana idea murid dengan meminta murid
bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut.
- Menjana
idea murid dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam
cerita tersebut dengan menggunakan thinking
tool (Bubble Map).
- Guru
menjelaskan nilai kerajinan.
Langkah 2:
- Guru
mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.
- Guru
menggunakan thinking tool (Human
Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut.
- Perbincangan
kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan
kepentingan bersikap rajin.
Langkah 3:
- Dalam
kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan
kerajinan di sekolah.
- Sumbangsaran
perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut dan menyatakan
kepentingan bersikap rajin.
Penutup:
- Guru
membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.
9. EMK:
i. Kreativiti – menjana idea, sumbangsaran
ii. TMK - Menggunakan internet
10. Bahan
Bantu Mengajar:
Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan,
lembaran kerja.
11.
Penilaian P dan P:
i. lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)
ii. gambar-gambar yang diakses oleh murid dari internet
iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin
12. Refleksi
i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan
sebelum waktu pelajaran akan datang.
Saturday, May 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)