Pendidikan Moral ialah satu program yang
mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan
menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku
moral.
Dalam penghidupan, seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut Berk (1989), proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral individu. Beliau menyenaraikan komponen-komponen tersebut sebagai penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral behavior). Ketiga-tiga komponen tersebut adalah berbeza tetapi saling berkait. Penaakulan moral dan emosi moral mempengaruhi tingkah laku moral individu. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting.

Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui
penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu
murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan
yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab
moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
thanks for sharing
ReplyDeleteTHANKS FOR SHARE TQ
ReplyDelete