Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru Untuk Para Pendidik




Pahlawan tanpa tanda jasa” suatu ungkapan klasik untuk guru. Perjalanan guru penuh dengan liku dan cabaran. Tak ada siapa yang mampu untuk nafikan kecekalan hati para guru untuk mendidik anak bangsa. Akhirnya aku dapat merasakan bebanan yang dipikul oleh seorang guru.
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku.

<Setiap perjalanan hidup manusia yang hebat, takkan tercipta tanpa sentuhan awal seorang guru.>

Wednesday, May 15, 2013

Kepentingan Pendidikan Moral

           Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
          Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
          Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.
          Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
          Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
          Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
          Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.

Sunday, May 5, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL



FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR


1.  Mata Pelajaran dan Kelas           :  Pendidikan Moral Tahun 3

2.  Nilai / tajuk                                    :  Kerajinan / _______

3.  Masa                                  :  10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4.  Standard Pembelajaran  : 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4,

5.  Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:      
Penaakulan Moral       :   i. menyatakan  3 cara bersikap rajin di sekolah.
                                          ii. menyatakan  3 kepentingan bersikap rajin di sekolah
Perasaan Moral          :      berasa gembira apabila bersikap rajin di sekolah
Perlakuan Moral         :      menunjukkan sikap rajin dengan berusaha mencari gambar-gambar      
                                           kerajinan dari internet.

6.  Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai kerajinan dalam tahun 2.

7.  Teknik  :  Bercerita

8.  Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Set induksi:
  1.  Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita.
  2.  Guru mengajukan beberapa soalan.
Langkah 1:
  1.  Menjana idea murid dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar   tersebut.
  2. Menjana idea murid dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
  3. Guru menjelaskan nilai kerajinan.
Langkah 2:
  1. Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.
  2. Guru menggunakan thinking tool (Human Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut.
  3. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan kepentingan bersikap rajin.
Langkah 3:
  1. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan kerajinan di sekolah.
  2. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut dan menyatakan kepentingan bersikap rajin.
Penutup:
  1. Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.

9.  EMK:
              i.      Kreativiti – menjana idea, sumbangsaran
              ii.     TMK  - Menggunakan internet

10.  Bahan Bantu Mengajar:
        Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja.

11.  Penilaian P dan P:
i.      lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)
ii.     gambar-gambar yang diakses oleh murid dari internet
iii.    murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin
12. Refleksi
             i.   30 orang murid  telah mencapai objektif yang ditetapkan.
             ii.  3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.
  

Monday, April 22, 2013

PENDEKATAN PENDIDIKAN MORAL




1.  Pendekatan dalam Pendidikan Moral telah diperkenalkan sejak 1960an.
2. Digunakan secara meluas di seluruh dunia.
3. Sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita.
4. Menggabung beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan Pendidikan  Moral secara eklektik.

Pendekatan  memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran  Pendidikan Moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi 
1.  penaakulan/pemikiran moral, - kognitif
2.  perasaan/emosi moral dan - afektif
3.  perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor  

Saturday, April 13, 2013


kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar supaya kita boleh menjadi sihat.kalau kita mengotorkan alam sekitar di mana-mana,kita perlu didenda daripada polis. kalau alam sekitar kita bersih, kita akan menjadi sihat dan segar. binatang-binatang sangat suka kalau kita membersihkan tempat tinggal mereka. jadi semua manusia haruslah membersihkan alam sekitar kita supaya kita menjadi sihat.

Saturday, April 6, 2013

NILAI MURNI PENDIDIKAN MORAL


1. Baik Hati
Belas kasihan
Bertimbang rasa
Murah hati
Saling faham-memahami
Saling bermaafan

2. Berdikari
Berupaya bertindak sendiri
Yakin pada diri sendiri

3. Hemah Tinggi
Kesopanan
Mengakui kesalahan diri
Ramah mesra

4. Hormat
Hormat dan taat kepada ibu bapaatau penjaga
Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jirantetangga dan pemimpin
Hormat kepada institusi perajaan dan negara
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia
Patuh kepada undang-uadang
Patuh kepada ketepatan masa

5. Kasih Sayang
Sayang diri sendiri dan orang lain
Sayang alam sekeliling
Cintakan negara

6. Keadilan
Adil
Saksama

7. Kebebasan
Kebebasan di sisi undang-undang

8. Keberanian
Berani mencuba
Berani kerana benar

9. Kebersihan Fizikal Dan Mental
Kebersihan diri
Kebersihan persekitaran
Kebersihan mental

10. Kejujuran
Amanah
Bercakap benar
Ikhlas

11. Kerajinan
Daya usaha
Dedikasi

12. Kerjasama
Gotong royong
Toleransi
Perpaduan

13. Kesederhanaan
Pertuturan dan perlakuan yangsederhana
Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain

14. Kesyukuran
Berterima kasih

15. Rasional
Membuat pertimbangan

16. Semangat Bermasyarakat
Bermuafakat
Kejiranan
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat

Pengenalan Pendidikan Moral


     Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.
     Dalam penghidupan, seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut Berk (1989), proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral individu. Beliau menyenaraikan komponen-komponen tersebut sebagai penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral behavior). Ketiga-tiga komponen tersebut adalah berbeza tetapi saling berkait. Penaakulan moral dan emosi moral mempengaruhi tingkah laku moral individu. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting.
     Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.